Monday, April 14, 2014

Oat & Wheat - Snek Sihat

Assalammualaikum. Bismillah. 


Didoakan hari ini adalah hari yang penuh barakah kepada semua dan dipermudahkan Allah segala urusan. Urusan mengurus anak-anak, urusan, mengurus rumah tangga, urusan menyiapkan tugasan di tempat kerja, urusan berniaga, dan apa-apa sahaja urusan yang diredhai Allah SWT. 

Mulakan pagi ini dengan sarapan sihat. Tidak kiralah apa-apa sahaja jenis makanannya, asalkan makanan itu sihat dan tidak diambil secara berlebihan. Tentunya orang yang suka kepada makanan, seperti saya, nasihat itu lebih kepada menasihati diri sendiri. He he he. 


Pagi ini, hidangan saya adalah nasi kerabu. Sihat insyaAllah kalau diambil secara sederhana. Tetapi lebih sihat jika saya makan 3 ketul oat and wheat sahaja. 
Cukupkah? 
Kalau mahukan sihat. Tentunya cukup. 
Jika tidak, tepuk meja, tanyalah perut.


 Jika ada yang teringin oat ini boleh menghubungi saya melalui Whatsapp 0122695158.